Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

MIRACLES of AL-QURAN

Friday, June 19, 2009

EKSPEDISI PENGAKAP 2009

Pada 18.06.2009 dan 19.06.2009 , Pergerakan Pengakap KT 103, SMK Bukit Besar telah mengadakan ekspedisi berbasikal . Ekspedisi bermula dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar sehingga ke Kem Menerong, Kuala Berang. Kami bertolak pada pukul 9 pagi dan tiba di destinasi kira-kira pukul 4 petang . Seramai 51 peserta diiringi 4 orang guru penasihat telah menyertai Ekspedisi Berbasikal 2009 sempena sambutan 100 tahun pengakap . Pada kesempatan ini aku ingin menyertakan beberapa gambar penting dan bermakna sepanjang ekspedisi itu dijalankan...










Sunday, June 14, 2009

Otak , Akal & Hati...

Otak disulami dengan akal adalah salah satu anugerah Allah yang tidak ternilai terhadap hambanya iaitu manusia .


(keadaan otak manusia seakan-akan manusia sedang bersujud)

Meskipun manusia dapat mencipta pelbagai mesin yang berteknologi tinggi namun ciptaan Allah tersebut (otak dan akal ) tiada tolok bandingnya . Manusia tidak mampu menyamai ciptaan Allah tersebut . Sebagai contoh , penciptaan komputer . Komputer ciptaan manusia hanya mampu menyimpan maklumat yang terhad . Hal ini kerana komputer memiliki memori yang terbatas . Jika dibandingkan dengan otak , otak manusia mampu menyimpan maklumat atau memori seberapa banyak yang mungkin . Penyimpanan maklumat oleh otak manusia tidak terhad . Hal ini membuktikan salah satu kebesaran Allah S.W.T..


Kita sebagai hamba Allah seharusnya bersyukur kerana otak yang dikurniakan-Nya disertakan dengan akal fikiran . Akal hanya dikurniakan terhadap manusia sahaja tetapi tidak pada makhluk lain . Hal ini kerana manusia adalah sebaik-baik penciptaan Allah . Melalui akal , seseorang dapat membezakan perkara baik dan buruk . Namun begitu , tidak ramai yang menggunakan akal fikiran dengan sebaik mungkin . Bukan itu sahaja , ada juga antara mereka yang bersifat seakan -akan binatang malah lebih teruk daripada binatang . Hal ini jelas terbukti apabila terdapat segelintir manusia yang sanggup membunuh manusia tanpa belas kasihan yang lain atas sebab-sebab yang tidak munasabah seperti dendam ,hasad dengki dan tidak mahukan persaingan . Selain itu , ada juga manusia bergelar ibu yang sanggup membuang bayi yang baru lahir atau sengaja menggugurkan kandungannya kerana tidak mahu menanggung malu kerana sifat atau kelakuannya yang tidak senonoh serta keji seperti berzina ,dan pergaulan bebas . Aktiviti keji seperti itu dikutuk serta dilaknat oleh Allah S.W.T..Oleh sebab itu, setiap orang hendaklah sentiasa mendalami ilmu agama dan menggunakan otak dan akal fikiran ke arah kebaikan .

Hati pula merupakan organ dalaman manusia yang berkuasa mengarahkan anggota badan manusia yang lain . Hati ibarat raja. Jika sempurna hati, maka sempurnalah segala anggota badan yang lain .
Oleh itu semailah hatimu dengan nilai-nilai keislaman agar hidupmu diberkati oleh Yang Maha Esa .

Akhir kata , perlu dijelaskan bahawa Allah telah mengurniakan kita otak dan akal fikiran dan hanya kita sahaja yang bertanggungjawab menggunakan anugerah Allah itu kearah kebaikan demi mencapai keharmonian di dunia dan di akhirat .

Wassalam..............

Saturday, June 13, 2009

ORTHOPAEDIC SURGERY

Orthopedic surgery

This fracture of the lower cervical vertebrae, known as a 'teardrop fracture' is one of the conditions treated by orthopedic surgeons.

This image, taken in September 2006, shows extensive repair work to the right acetabulum 6 years after it was carried out (2000). Further damage to the joint is visible due to the onset of arthritis.

Orthopedic surgery or orthopedics (also spelled orthopaedics) is the branch of surgery concerned with conditions involving the musculoskeletal system. Orthopedic surgeons use both surgical and non-surgical means to treat musculoskeletal trauma, sports injuries, degenerative diseases, infections, tumors, and congenital conditions.

Nicholas Andry coined the word "orthopaedics", derived from Greek words for orthos ("correct", "straight") and paideia ("rearing" (usually of child)), in 1741, when at the age of 81 he published Orthopaedia: or the Art of Correcting and Preventing Deformities in Children.

In the US the spelling orthopedics is standard[citation needed], although the majority of university and residency programs[citation needed], and even the AAOS, still use Andry's spelling. Elsewhere, usage is not uniform; in Canada, both spellings are common; orthopaedics usually prevails in the rest of the Commonwealth, especially in Britain.

Thursday, June 11, 2009

MEMORI pengakap KT103

' team work '


( Ahli-ahli pengakap sedang diberi taklimat ringkas sebelum aktiviti dijalankan )

Alhamdulillah...baru-baru ni, pasukan pengakap KT 103 SMK Bukit Besar telah diiystiharkan sebagai johan pertandingan kawad kaki peringkat daerah Kuala Terengganu . Kemudian , pasukan pengakap tersebut telah mewakili daerah Kuala Terengganu di peringkat negeri . Pasukan pengakap SMK Bukit Besar telah memperoleh naib johan di peringkat negeri. Kira ok la tu . Pasukan pengakap KT103 SMK Bukit Besar sangat aktif . Mereka telah menyertai beberapa aktiviti kokurikulum seperti aktiviti perkhemahan, pertandingan kawad kaki , dan perkhelahan . Terdapat ahli-ahli pengakap dalam pasukan tersebut telah diiktiraf sebagai pengakap diraja .

Ada juga antara mereka yang menyertai aktiviti Jambori atau Camporee . Namun di samping aktif dalam bidang kokurikulum , mereka juga cemerlang dalam bidang kurikulum . Ada antara merekan yang menerima pelbagai anugerah cemerlang . Mereka juga diajar nilai-nilai murni serta berakhlak mulia . Semoga pasukan pengakap SMK Bukit Besar terus gemilang pada masa akan datang . Syabas diucapkan.............
' aktiviti memasak '

Masih banyak lagi aktiviti Pergerakan Pengakap KT 103 , SMK Bukit Besar akan ditunjukkan pada masa akan datang...coming soon.